Malaysia tidak terjejas Myanmar henti hantar pekerja

Astro Awani
Disember 10, 2016 16:52 MYT
HAMZAH: Tindakan kerajaan Myanmar yang menyekat rakyatnya datang bekerja di negara ini tidak akan memberi kesan kepada Malaysia. - Gambar fail
Tindakan kerajaan Myanmar yang menyekat rakyatnya datang bekerja di negara ini tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan Myanmar itu tidak menjejaskan sektor pengeluaran domestik negara.
Tegasnya, Myanmar bukan sumber utama bekalan tenaga kerja asing.
Jelas Hamzah, sumber utama tenaga pekerja bagi Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.
Sebelum ini, Kementerian Imigresen Myanmar menerusi satu kenyataan mengumumkan pemberhentian pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.
BACA: Isu Rohingya: Myanmar henti penghantaran pekerja asing ke Malaysia
BACA: Kerajaan belum terima notis rasmi dari Myanmar
Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem semalam berkata, pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.
#Hamzah Zainudin #Kementerian Imigresen Myanmar #Myanmar
;