Malaysia tidak import tepung protein darah babi dari China

Astro Awani
Disember 27, 2018 16:57 MYT
DVS Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemprosesan makanan haiwan di dalam negara. -Gambar hiasan/Facebook @alsonbolaa
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemprosesan makanan haiwan di dalam negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam kenyataan pada Khamis berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup dan produk sejuk beku haiwan itu sejak 18 Sept lalu susulan insiden African Swine Fever di China, lapor Bernama.
Akhbar The Asian Age pada Selasa melaporkan pihak berkuasa China telah mengesan virus African Swine Fever dalam tepung protein yang dihasilkan dari darah babi yang digunakan dalam penghasilan makanan haiwan di Huizhou, Guangdong.
#African Swine Fever #China #DVS #Huizhou #Jabatan Perkhidmatan Veterinar #produk sejuk beku babi #Quaza Nizamuddin Hassan Nizam #tepung protein darah babi
;