KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan.
"Kita katakan kita tidak akan berkompromi dari segi kedaulatan kita," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.
Menyentuh dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, iaitu antara sembilan fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata keselamatan merupakan isu yang amat penting kerana pembangunan negara akan terbantut sekiranya berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak selamat.
"Sememangnya kerajaan menumpukan perhatian kepada keselamatan dan pertahanan sejak dari dahulu.
"Bajet kita pun tahun lepas bertambah berbanding dengan yang lepas-lepas kerana kedaulatan negara tak boleh dikompromi dengan sesiapa sekali pun," katanya.
Ismail Sabri turut menyifatkan Op Benteng, yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia dan dibantu 11 agensi lain, sebagai berjaya dalam menyekat kemasukan pendatang tanpa izin yang mungkin membawa virus COVID-19 ke negara ini.
Beliau berkata usaha itu diperkukuh dengan penambahan 19 pos kawalan sempadan serta pembinaan kem baharu terutama di Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Ismail Sabri berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan. - Gambar fail
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.