Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan

Astro Awani
Ogos 30, 2022 16:55 MYT
Hishammuddin membuat kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Prayuth Chan o-cha di luar acara Pertahanan & Keselamatan 2022 . Gambar - Kementerian Pertahanan
BANGKOK: Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata MoU tersebut bagaimanapun akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini selain meneroka bidang kerjasama baharu.
Kata beliau antara bidang kerjasama baharu itu termasuk melibatkan sains pertahanan dan teknologi.
“Saya dan (Menteri Pertahanan Thailand) Prayuth Chan o-cha telah menugaskan pegawai
kanan kami untuk memuktamadkan MoU ini sebelum akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Hishammuddin dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Bangkok atas jemputan Prayuth bagi menghadiri Pertahanan & Keselamatan 2022 di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT.
Kedua-dua pemimpin menekankan hubungan pertahanan dua hala yang semakin kukuh, terutama menerusi tiga latihan yang dijalankan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF) tahun ini, iaitu THAMAL Udara, THAMAL Darat dan THAMAL Laut.
#Hishammuddin Tun Hussein #Prayuth Chan o-cha #Thailand #Malaysia #pertahanan #MoU
;