Malaysia tetap bangga prestasi pasukan hoki - Anwar

Sinar Harian
Januari 23, 2023 08:00 MYT
Pasukan kebangsaan Speedy Tigers selepas tewas 3-4 menerusi penentuan penalti menentang Sepanyol di Stadium Kalinga, India. - Foto Twitter/@hockeymalaysia
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tetap berbangga dengan prestasi pasukan hoki negara ini walaupun terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.
“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. tetap berbangga dengan prestasi kalian! #SpeedyTigers https://t.co/jZZxDhcNjc

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini. - Sinar Harian
#Anwar Ibrahim #Speedy Tigers #Piala Dunia 2023 #hoki
;