Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kaedah yang dilaksanakan Thailand dalam menangani isu bayi dan kanak-kanak terbiar serta anak-anak yang tidak mempunyai kerakyatan di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Malaysia tertarik dengan komitmen kerajaan negara jiran itu dalam memastikan kanak-kanak tersebut turut mendapat pembelaan sewajarnya.
"Saya telah mengadakan lawatan ke Thai Red Cross Children's Home (RCCH) dan tertarik dengan keprihatinan kerajaan Thailand untuk memastikan bayi dan kanak-kanak ini mendapat perhatian sewajarnya agar keperluan asas mereka seperti pendidikan dan kesihatan dapat diberikan," katanya pada sidang media bersama media Malaysia di sini, pada Khamis.
Katanya beliau tertarik dengan usaha yang dilakukan pusat berkenaan dalam mencari keluarga terdekat kepada kanak-kanak yang terbiar yang diambil berlindung di pusat berkenaan.
"Mereka cari dulu keluarga sebenar atau keluarga terdekat dan mereka kembalikan, berbalik kepada keluarga jika miskin bagaimana pusat ini boleh tolong mereka ambil anak yang terbuang itu malah pusat perlindungan ini juga mempunyai program pengambilan anak angkat termasuk dari luar negara," katanya.
Timbalan Perdana Menteri tiba di sini pagi Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke ibu kota Thailand dan disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengambilan Anak Angkat RCCH Prof Madya Dr Khunying Saree Chitinand, Ketua Bahagian Kebajikan Kanak-kanak Voraporn Keavalin dan Bendahari rumah perlindungan itu, Pariya Aungsuvon.
Dr Wan Azizah diberikan taklimat video dan pengenalan tentang rumah perlindungan itu yang menempatkan lebih 600 kanak-kanak terbiar sejak penubuhannya 38 tahun yang lalu.
Rumah itu ditubuhkan pada 17 Sept, 1981, atas keprihatinan Puteri Maha Chakri Sirindhorn, Naib Presiden Eksekutif Thai Red Cross Society, bagi bayi yang ditinggalkan ibu mereka selepas dilahirkan di Chulalongkorn Memorial Hospital, Queen Sawangvatana Memorial Hospital di Sri Racha, dan agensi Red Cross Thailand yang lain.
Rumah itu memberi penjagaan kepada kanak-kanak yang terbiar dalam usaha membantu mereka merealisasikan potensi perkembangan fizikal, mental dan sosial. Penjagaan perubatan juga disediakan oleh pakar pediatrik, jururawat dan sukarelawan di sana.
Rumah itu mengurus tidak lebih daripada 50 kanak-kanak pada satu-satu masa dan ketika ini, ia menempatkan 47 orang terdiri daripada bayi sehinggalah kanak-kanak berumur tujuh tahun, yang terbiar.
Pentadbir rumah itu turut mengesan ibu bapa atau saudara-mara 117 kanak-kanak yang terbiar untuk disatukan semula dengan keluarga mereka sejak 34 tahun yang lalu.
RCCH telah diberikan kebenaran yang sah untuk memberikan khidmat pengambilan anak angkat bagi kanak-kanak yang terbiar sejak tahun 1981, dan 579 kanak-kanak telah dijadikan anak angkat dengan 110 kanak-kanak diambil oleh keluarga Thai manakala 469 orang lagi menjadi anak angkat pasangan dari 16 negara.
Sementara itu, Dr Khunying Saree, 88, ketika ditemui pemberita berkata rumah perlindungan itu antara lain menyediakan khidmat pengambilan anak angkat, pusat jagaan harian, latihan vokasional bagi belia yang kurang bernasib baik dan dana pendidikan bagi kanak-kanak yang terjejas akibat tsunami.
Beliau berkata sukarelawan dan kakitangan juga membantu mempertemukan semula anak-anak yatim yang berdaftar di rumah perlindungan itu dengan saudara kandung masing-masing.
"Kami bekerjasama dengan pekerja sosial untuk membawa ke sini kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
"Ada antara kanak-kanak ini ditinggalkan di hospital ketika sedang menjalani rawatan, kami kemudian akan berusaha mencari dan menyatukan semula mereka dengan keluarga mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk dijadikan anak angkat," kata ahli pediatrik itu yang menjadi sukarelawan Red Cross selama lebih 40 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
Dr Wan Azizah bermesra dengan kanak-kanak di Red Cross Children's Home (RCCH) di Bangkok, Thailand, semasa lawatan beliau ke negara itu, 24 Jan, 2019. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.