Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim

Bernama
Januari 7, 2025 22:15 MYT
MoU berkenaan ditandatangani oleh Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Gan Kim Yong. - Foto Facebook NRES
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan memaklumkan MoU berkenaan ditandatangani oleh Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Gan Kim Yong.
Menurut kenyataan itu kedua-dua menteri kemudian bertukar MoU berkenaan di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 hari ini dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singpura Lawrence Wong.
Menurut NRES kedua-dua negara berharap untuk mewujudkan perjanjian dua hala dan menegaskan kerjasama berterusan mereka bagi pertumbuhan mampan dan pemeliharaan alam sekitar.
-- BERNAMA
#Malaysia #Singapura #perjanjian persefahaman #perubahan iklim
;