Malaysia-Singapura mesti patuhi semua peruntukan Perjanjian Air

Bernama
Jun 26, 2018 00:11 MYT
Perjanjian Air 1962 merupakan perjanjian asas yang dijamin oleh kedua-dua kerajaan dalam Perjanjian Pemisahan 1965 yang didaftarkan dengan PBB. - Gambar fail
Perjanjian Air 1962 merupakan perjanjian asas yang dijamin oleh kedua-dua kerajaan Malaysia-Singapura dalam Perjanjian Pemisahan 1965 yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Kedua-dua pihak mesti mematuhi sepenuhnya semua peruntukan perjanjian tersebut, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin.
Jurucakap Kementerian mengulas pertanyaan media mengenai ulasan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perjanjian bekalan air dengan republik itu.
Dalam temubual dengan wartawan Bloomberg Television, Haslinda Amin, Mahathir dilaporkan mengkritik perjanjian bekalan air 1962 dengan Singapura kerana harganya yang terlalu mahal.
"Air ialah antara isu dengan Singapura yang perlu kita selesaikan.
"Kita akan duduk dan berbincang dengan mereka, mengikut cara orang beradab," beliau dipetik sebagai berkata. -- Bernama
#air #Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura #Mahathir Mohamad #Malaysia #PBB #Perdana Menteri #perjanjian air #Singapura #Tun Mahathir