Malaysia, Singapura bincang iktiraf cukai jalan digital, lesen memandu bersama

Astro Awani
Oktober 17, 2023 04:33 MYT
Anthony Loke (kanan) berjabat tangan dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat ketika kedua-dua mereka bertemu di Lapangan Terbang Changi, Singapura. - Gambar Facebook ANTHONY LOKE
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan mengenai dasar membolehkan pengiktirafan bersama cukai jalan digital dan lesen memandu untuk kemudahan rakyat kedua-dua negara.
Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa mengadakan bertemu dengan rakan sejawatannya, Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, pada Selasa.
"Kami membincangkan beberapa isu dua hala utama di bawah portfolio masing-masing termasuk dasar untuk membolehkan pengiktirafan bersama cukai jalan digital dan lesen memandu untuk kemudahan rakyat Malaysia dan Singapura.
"Terima kasih Hong Tat dan pasukannya yang cemerlang kerana melayan saya di Lapangan Terbang Changi," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial beliau, pada Selasa.
#lesen memandu #cukai jalan digital #Malaysia dan Singapura #Anthony Loke