Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - PM Anwar
Bernama
Mac 30, 2023 11:35 MYT
Mac 30, 2023 11:35 MYT
KUALA LUMPUR: Hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hainan, China pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.
"Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. Insya-Allah," katanya.
Pertemuan empat mata bersama Lee diadakan sebelum Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China hari ini, yang merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke China.
Semalam, pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa Boao pada pukul 5.29 petang (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan.
-- BERNAMA