Malaysia-Singapura akan umum butiran lanjut projek HSR pada masa sesuai - PMO

Bernama
Disember 2, 2020 22:26 MYT
Muhyiddin dan Lee mengadakan sidang video mengenai Projek HSR. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai, menurut Pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong saling memaklumkan mengenai hasil perbincangan dan memahami kedudukan Malaysia dan Singapura.
"Muhyiddin dan Lee Hsien Loong mengadakan sidang video mengenai Projek HSR, berikutan tarikh akhir pelanjutan kedua dan penangguhan Projek HSR adalah pada 31 Dis 2020.
"Kedua-dua Perdana Menteri menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara kedua-dua negara merangkumi pelbagai bidang kerjasama dan keinginan yang kuat untuk terus memperkukuhkan hubungan bagi kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#HSR #pejabat perdana menteri #Muhyiddin Yassin #Lee Hsien Loong #Malaysia #Singapura
;