Malaysia's Virtual National Day Reception 2020: Konsert khas sempena Hari Kebangsaan
Fauzi Suhaimi
Ogos 30, 2020 14:17 MYT
Ogos 30, 2020 14:17 MYT
Meraikan sesuatu perayaan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19 kini tidak asing lagi di seluruh dunia.
Malah Malaysia juga tidak terkecuali mengamalkan pembudayaan baharu itu dalam sambutan Hari Kebangsaan yang ke-63 esok.
Untuk itu Wisma Putra dengan kerjasama Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) tampil menganjurkan Malaysia’s Virtual National Day Reception 2020.
Ia antara lain bertujuan bagi menyemarak sambutan Bulan Kemerdekaan yang akan diadakan secara dalam talian pada pukul 3 petang Isnin (31 Ogos 2020) menerusi beberapa saluran.
Antara salurannya adalah melalui Facebook rasmi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan saluran YouTube rasmi Wisma Putra.
Rakaman konsert khas lagu-lagu patriotik Malaysia itu turut menyaksikan penampilan penyanyi tersohor seperti Aishah dan Akim Ahmad.
Konsert berdurasi kira-kira 30 minit itu juga akan ditayangkan oleh Pejabat-Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara secara maya.
Beberapa buah Pejabat-Pejabat Perwakilan akan turut mengadakan sesi tontonan video berkenaan bersama-sama diaspora Malaysia dalam satu majlis ringkas yang dipanggil Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM).
#Facebook
#Hari Kebangsaan
#Hishammuddin Hussein
#konsert
#koronavirus
#Malaysia
#Merdeka
#pandemik
#Petronas
#rakyat
#rakyat Malaysia
#sambutan hari kemerdekaan
#video
#Wisma Putra