PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama berkaitan cacar monyet (mpox) di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022.
"Lelaki itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes cacar monyet pada 6 Julai lalu sebelum kembali semula ke Malaysia empat hari kemudian," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, pesakit mula bergejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai sebelum dibebaskan daripada isolasi pada 10 Ogos.
"Dia disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes cacar monyet," ujar beliau.
Dr Muhammad Radzi berkata, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kes pertama.
"Pesakit mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak dan disahkan positif pada 29 Julai," katanya.
Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi meminta pengamal perubatan untuk peka terhadap individu dengan gejala lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
"Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan cacar monyet perlu didapatkan.
"Bagi kes yang disyaki, swab lepuh, swab oral dan sampel darah atau serum boleh dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 25 2023
![Malaysia rekod dua kes pertama cacar monyet - KKM Malaysia rekod dua kes pertama cacar monyet - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692945494_Monkeypox.jpg)
Kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jepun lapor kes kematian pertama mpox Jepun lapor kes kematian pertama mpox](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
![Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663561211_Monkeypox.jpg)
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
![Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701235903_TBcacarmonyetmonk.jpg)
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
![Vietnam rekod 56 kes cacar monyet Vietnam rekod 56 kes cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695185038_TBmonkeypox.jpg)
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
![Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690547342_TBSESITOWNHALL.jpg)
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698399083_KotaJakarta.jpg)
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
![Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698228937_mayat.jpg)
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
![Vietnam rekod 13 kes cacar monyet Vietnam rekod 13 kes cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696937142_Monkeypox.jpg)
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
![Laos lapor kes cacar monyet pertama Laos lapor kes cacar monyet pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695185038_TBmonkeypox.jpg)
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.