AS-Malaysia perluas hubungan menerusi bidang sains dan teknologi

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Mac 13, 2013 21:14 MYT
Amerika Syarikat (AS) berhasrat memperluas hubungan diplomatik dengan Malaysia dengan keutamaan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi.
Menurut duta besarnya ke Malaysia Datuk Paul W. Jones, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan kemajuan Malaysia dalam bidang itu.
Jelasnya hubungan ini juga susulan daripada kunjungan hormat bekas setiausaha negara AS, Hillary Clinton ke Malaysia.
Dalam kunjungan tersebut Hillary telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Sains dan Teknologi.
Tambah Jones, beliau yakin kerjasama ini akan membuahkan hasil yang terbaik kepada kedua-dua negara.
Ia juga bakal memberi keuntungan kepada rakyat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) bertajuk ‘Pemilihan Semula Presiden Obama: Apa Kesannya Kepada Ekonomi dan Perniagaan’.
#AS #hubungan diplomatik #Malaysia #MIM #sains dan teknologi
;