Malaysia perlu lakukan sesuatu demi perbaiki imej Islam - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Disember 18, 2019 21:30 MYT
Dr Mahathir berharap agar persidangan kali ini dapat memuktamadkan beberapa inisiatif, yang mampu menjadi pemangkin untuk melakukan perkara yang lebih besar. - Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia rasa ia perlu lakukan sesuatu dalam dalam menangani keadaan yang melanda masyarakat Muslim di seluruh dunia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Atas sebab itu, beliau berkata, Malaysia terpanggil untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2019) bagi membincangkan serta meningkatkan tahap kehidupan dan kesejahteraan Muslim di negara luar.
“Kami rasa kami perlu mengatasi keadaan yang disebabkan Islamofobia. Kami rasa kami perlu menangani kelemahan, serta kebergantungan ke atas orang bukan Muslim demi melindungi diri dari musuh Islam,” katanya ketika berucap di majlis mengalu-alukan delegasi sempena KL Summit 2019, di sini, Rabu malam
Dr Mahathir, yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, berharap agar persidangan kali ini dapat memuktamadkan beberapa inisiatif, yang mampu menjadi pemangkin untuk melakukan perkara yang lebih besar.
#Islam #isu antarabangsa #KL Summit #Mahathir Mohamad #masyarakat islam #Sidang Kemuncak Kuala Lumpur #Umat Islam
;