Malaysia perkukuh R&D keselamatan, mahu peranan lebih aktif - TPM Zahid

Hafiz Marzukhi
Februari 20, 2018 17:08 MYT
Malaysia akan memperkukuhkan program Penyelidikan dan Pembangunan bagi memastikan visi untuk menghasilkan produk keselamatan bertaraf antarabangsa dapat direalisasikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. foto BERNAMA
Malaysia akan memperkukuhkan program Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development) bagi memastikan visi untuk menghasilkan produk keselamatan bertaraf antarabangsa dapat direalisasikan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia komited untuk membantu firma keselamatan tempatan bagi mencapai hasrat berkenaan.
"Malaysia kini sedang melalui perubahan iaitu daripada menjadi pengguna (end user) kepada pemain industri yang aktif dalam membangunkan produk keselamatan baharu.
"Jika ini dapat dicapai, negara tidak lama lagi akan mempunyai firma keselamatan bertaraf antarabangsa," kata beliau.
Beliau berkata demikan dalam ucapan pada prapelancaran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 dan Pameran Antarabangsa bagi Keselamatan Negara di Asia 2018 (NATSEC), di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Penglima Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
#keselamatan #NATSEC #Pameran Antarabangsa bagi Keselamatan Negara di Asia #pertahanan #TPM
;