Malaysia-Mesir komited eratkan kerjasama, teroka potensi industri baharu - PM Anwar

Bernama
Februari 27, 2023 06:30 MYT
Anwar mengadakan panggilan video dengan Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi pada Isnin. - Foto Twitter Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama dua hala, selain meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata dalam perbincangan menerusi panggilan video bersama Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi hari ini, kedua-dua negara menekankan komitmen untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.
"Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin.
"Perbincangan kami menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia. Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, di rantau Afrika," katanya menerusi satu perkongsian di Twitter.

Saya telah mengadakan panggilan video dengan Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi hari ini. Kami menekankan komitmen untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan. (1/3) #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/tZ64RpqzVq

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #hubungan dua hala Malaysia-Mesir #Abdel Fattah al-Sisi #ekonomi
;