Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024 - PM Anwar

Umavathi Ramayah
September 3, 2024 18:22 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Khazanah Nasional di MITEC hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, mewakili peningkatan 18 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Pelaburan Diluluskan: Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 18% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
  • Peluang Pekerjaan: Pelaburan ini melibatkan 3,000 projek baharu yang membuka peluang pekerjaan kepada 79,000 anak muda.
  • Pertumbuhan Ekonomi: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 4.2% pada suku pertama dan 5.9% pada suku kedua tahun ini, dengan matawang ringgit Malaysia kukuh pada tahap RM4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu melibatkan 3,000 projek baharu yang membuka peluang pekerjaan kepada 79,000 anak muda.
"Dari segi pelaburan dengan kerjasama semua kementerian dan agensi, kita saksikan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini melonjak kepada RM160 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus, ketimbang tempoh sama tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan ulang tahun Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) Ke-30, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu, petumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula mencatatkan 4.2 peratus pada suku pertama dan 5.9 peratus pada suku kedua tahun ini.
Pertumbuhan itu katanya, melebihi unjuran awal yang ditetapkan dan matawang ringgit Malaysia juga kukuh pada tahap RM4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat.
[TERKINI] Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024
#Anwar Ibrahim #Keluaran Dalam Negara Kasar #pelaburan #Khazanah
;