Malaysia kutuk serangan udara rejim Israel di Jenin

Kenyataan Media
Julai 4, 2023 16:26 MYT
Malaysia sekali lagi menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa menghentikan jenayah kejam terhadap rakyat Palestin demi kepentingan keamanan dan kestabilan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penindasan ganas serangan udara yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas bandar Jenin, wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Wisma Putra dalam satu kenyataan menggesa pihak Israel menghentikan segera pertumpahan darah serta membenarkan akses kepada penduduk Jenin meliputi perkhidmatan kemanusiaan dan penjagaan kesihatan.
Sementara itu, Malaysia sekali lagi menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa menghentikan jenayah kejam terhadap rakyat Palestin demi kepentingan keamanan dan kestabilan.
Tambah Wisma Putra, Malaysia sentiasa berpegang teguh pada pendirian prinsip menyokong hak rakyat Palestin untuk berhak hidup dan tinggal dalam negara berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin.
#Palestin #Wisma Putra #Israel #serangan di Jenin