Malaysia kutuk serangan sekolah di Pakistan - Najib

Astro Awani
Disember 16, 2014 23:44 MYT
Seorang lelaki Pakistan berdiri di sebelah katil di sebuah hospital tempatan untuk menenangkan pelajarnya yang cedera dalam satu serangan Taliban ke atas sebuah sekolah di Peshawar pada Selasa. - Foto AP/Mohammad Sajjad
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan ke atas sebuah sekolah di Pakistan.
"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah sekolah di Pakistan" kata Najib dalam catatan terbaru beliau melalui laman Twitter, semalam.

Malaysia condemns in the strongest terms the Pakistan school attack.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 16, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Serangan yang berlaku di sekolah bandar Peshawar itu mengakibatkan 130 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa adalah pelajar, berdasarkan laporan pihak berkuasa.
Serangan berdarah yang berlaku di barat laut itu berakhir dengan kesemua enam militan terbunuh kata pihak polis pada Selasa.
Pegawai kanan polis Shafqat Malik mengesahkan fasa pertempuran itu telah berakhir manakala jurucakap Ketua Tentera Jeneral Asim Bajwa berkata di Twitter operasi itu telah “ditutup”.
#Kanak-kanak #maut #Najib Razak #Pakistan #serangan #Taliban