Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Bernama
Julai 14, 2020 04:17 MYT
Julai 14, 2020 04:17 MYT
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada Ahad lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) malam tadi, serangan itu berjaya dipintas oleh Arab Saudi.
"Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut (Arab Saudi) dan bakal memudaratkan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau itu," katanya.
Malaysia mengulangi gesaannya agar semua pihak di Yaman terlibat secara konstruktif dalam usaha menghentikan permusuhan selain menyelesaikan konflik itu secara persahabatan serta aman melalui dialog dan diplomasi.
-- BERNAMA
#aman
#Arab Saudi
#dialog
#diplomasi
#Houthi
#Kementerian Luar
#konflik
#Malaysia
#peluru berpandu
#pemberontak
#permusuhan
#persahabatan
#provokasi
#serangan
#Wisma Putra
#Yaman