Malaysia kutuk serangan dron ke atas kilang minyak Aramco
Bernama
September 17, 2019 23:10 MYT
September 17, 2019 23:10 MYT
Asap tebal kelihatan di kilang Aramco di Abqaiq, Arab Saudi, 14 Sept, 2019. - Foto REUTERS
Malaysia hari ini mengutuk serangan dron terhadap dua kilang minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 Sept lepas.
"Malaysia percaya adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mengelak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau itu," menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.
Menurutnya Malaysia turut menggesa penyelesaian yang baik terhadap konflik yang sedang berlaku menerusi dialog dan diplomasi.
Beberapa media melaporkan pemberontak Houthi dari Yaman mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
-- BERNAMA