Malaysia kutuk cubaan bunuh Naib Presiden Argentina

Astro Awani
September 3, 2022 11:30 MYT
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan membunuh Naib Presiden Argentina Cristina Fernndez de Kirchner lewat malam Khamis, 1 September 2022. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Naib Presiden Argentina Cristina Fernández de Kirchner lewat malam Khamis, 1 September 2022.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, Malaysia berdiri teguh bersama Kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.
"Kami berharap agar pengganas tersebut akan segera dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Pada Jumaat, seorang lelaki telah ditahan selepas cuba menembak de Kirchner di luar rumahnya di Buenos Aires pada Khamis.
Video kejadian menunjukkan naib presiden itu tersenyum ketika berjalan di hadapan orang ramai sebelum seorang lelaki meluru dan mengacukan pistol ke arah de Kirchner dan cuba melepaskan tembakan.
Bagaimana tiada tembakan dilepaskan dan de Kirchner tersentak ke belakang, tanpa cedera.
Agensi berita rasmi Argentina, Télam, mengenal pasti lelaki itu sebagai warga Brazil, Fernando Andre Sabag Montiel, 35.
#Fernando Andre Sabag Montiel #cubaan bunuh #Naib Presiden Argentina #Cristina Fernandez De Kirchner
;