Malaysia kembali rekod sifar kematian akibat COVID-19
Astro Awani
Jun 19, 2022 23:43 MYT
Jun 19, 2022 23:43 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas lebih 18 bulan, Malaysia akhirnya kembali merekodkan sifar kes kematian akibat COVID-19 pada Ahad.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kali terakhir negara merekodkan angka sifar kematian adalah pada 18 Disember 2020.
Menerusi akaun Twitternya, Khairy berkata, peralihan berterusan kepada fasa endemik diukur dan dipacu data.
"Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia akan melaporkan 0 kematian akibat COVID-19.
"Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa agar ia terus membuahkan hasil," katanya.
Dalam pada itu, negara merekodkan sebanyak 2,130 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,536,795 kes.
Jumlah kes aktif sebanyak 25,626, iaitu lebih 1,049 kes berbanding hari sebelumnya.