Malaysia kekal di Tahap 2 Pemerhatian bagi tahun 2016 dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang.
Laporan Tahunan bagi 2016 itu dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) di Washington, Amerika Syarikat semalam, yang menilai 188 negara termasuk Malaysia merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan mengenai laporan itu hari ini berkata secara keseluruhannya, kerajaan Malaysia mengalu–alukan teguran konstruktif dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut serta akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
"Malaysia akan terus komited membanteras jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya.
Beliau berkata Jabatan Negara Amerika Syarikat mengambil maklum usaha yang dilaksanakan Malaysia dalam memperkasakan perundangan sedia ada menerusi pindaan yang berkuat kuasa mulai 18 November tahun lepas.
Katanya laporan itu juga menyatakan mengenai proses konsultansi yang diadakan antara pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam merangka peraturan–peraturan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kepada pindaan perundangan yang telah dibuat.
Ia khususnya berkaitan aspek kebenaran kepada mangsa–mangsa pemerdagangan orang, untuk bergerak bebas atau tinggal di luar dari rumah-rumah perlindungan kerajaan termasuk kebenaran untuk mereka bekerja di negara ini, katanya lagi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata laporan JNAS 2016 itu juga menyatakan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk memberi peluang pekerjaan kepada mangsa–mangsa pemerdagangan orang di bidang perhotelan termasuk membiayai kos pemeriksaan kesihatan mereka.
"Langkah sebegini merupakan cabaran kepada negara kerana terdapat dalam kalangan mangsa–mangsa tersebut yang menghilangkan diri walaupun telah bekerja," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, bagi memperbaiki tahap penilaian negara untuk Laporan JNAS 2017, Malaysia dicadangkan melaksanakan sepenuhnya peraturan–peraturan bagi menyokong pindaan kepada perundangan sedia ada.
Ia melibatkan dua peraturan iaitu kebebasan untuk mangsa bergerak bebas dan bekerja di negara ini yang mula berkuat kuasa pada 4 Mei tahun ini, katanya.
"Ini adalah kerana pelaksanaan kepada dua peraturan ini masih baharu dan impak serta kesannya dari aspek memelihara kebajikan mangsa–mangsa terbabit belum dapat dirasai sepenuhnya," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, Laporan JNAS 2016 juga mencadangkan supaya aspek penyiasatan kes–kes pemerdagangan buruh disiasat secara lebih terperinci terutamanya yang melibatkan kumpulan yang terjejas seperti pekerja asing.
Laporan tersebut turut menggesa agar pekerja asing termasuk pembantu rumah dimaklumkan mengenai hak mereka untuk menyimpan dokumen perjalanan termasuk menyatakannya secara jelas dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang Malaysia akan tandatangani dengan negara–negara sumber, katanya.
Dari aspek pendakwaan pula, Malaysia digesa untuk terus mempertingkat bilangan sabitan dengan melaksanakan penambahbaikan kepada pengurusan kes dan komunikasi antara mangsa pemerdagangan orang dengan pihak pendakwaraya, katanya.
Ahmad Zahid berkata bagi tahun 2015, tujuh kes pemerdagangan orang telah disabitkan melibatkan lima kes berkaitan pemerdagangan seks manakala dua lagi kes berkaitan pemerdagangan buruh.
Laporan tersebut juga mencadangkan supaya kerjasama pihak kerajaan dipertingkat dengan NGO termasuk sokongan kewangan, katanya.
Ahmad Zahid berkata pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) akan memberikan ruang dan fleksibiliti kepada negara untuk memperbaiki inisiatif dalam menangani isu pemerdagangan orang.
Antaranya ialah penambahbaikan terhadap aspek kebajikan, yang mangsa akan diberikan kebenaran untuk bergerak bebas dan bekerja sekiranya layak termasuk Mahkamah Sesyen boleh mengeluarkan arahan pembayaran pampasan serta gaji tertunggak kepada mangsa terbabit, katanya.
Beliau berkata kerjasama antara pihak kerajaan dan NGO dijangka bertambah kukuh khususnya dalam aspek perlindungan mangsa kerana peranan NGO dinyatakan secara jelas dalam pindaan ATIPSOM 2007.
Sokongan kewangan oleh kerajaan kepada NGO kelak tertakluk kepada keupayaan dan prestasi NGO terbabit seperti yang diamalkan di negara–negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, katanya.
Ahmad Zahid juga berkata pelaksanaan ATIPSOM 2007 akan berjalan serentak dan seiring dengan Pelan Tindakan Kebangsaan (2016–2020) yang dijadualkan dilancarkan bulan ini (Julai 2016).
"Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan negara–negara rakan strategik termasuk Amerika Syarikat bagi memperbaiki aspek pendakwaan untuk meningkatkan jumlah sabitan bagi jenayah ini di masa akan datang," katanya.
Bernama
Fri Jul 01 2016
![Malaysia kekal Tahap 2 Pemerhatian dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2016 Malaysia kekal Tahap 2 Pemerhatian dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464001722_AhmadZahidHamidi.jpg)
ZAHID: Malaysia akan terus komited membanteras jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
![Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
![Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738644957_tbZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
![Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738583227_ParlimenZahidHami.jpg)
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
![Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738336916_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738299476_getah.jpg)
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.