Malaysia kekal pendirian 'dasar bebas nuklear' - Nik Nazmi

Bernama
Julai 20, 2023 18:15 MYT
Nik Nazmi berkata kerajaan mengiktiraf potensi SMR namun tidak bercadang untuk meneroka penjanaan tenaga nuklear berikutan kebimbangan terhadap isu alam sekitar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengekalkan pendirian 'dasar bebas nuklear' dalam hal membabitkan penjanaan kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bercakap pada program National Energy Transition Roadmap: Navigating the Energy Transition, What's Next for Malaysia? hari ini, Nik Nazmi berkata kerajaan mengiktiraf potensi reaktor modular kecil (SMR) namun tidak bercadang untuk meneroka penjanaan tenaga nuklear berikutan kebimbangan terhadap isu alam sekitar.
"Reaktor Modular Kecil (SMR) adalah berbeza daripada (kesan) seperti di Hiroshima atau Chernobyl.
"Kita perlu meyakinkan orang ramai dan saya fikir itu adalah sesuatu yang belum kita lakukan buat masa ini. Kita tidak akan teroka nuklear dalam masa terdekat," katanya pada sesi meja bulat program itu.
-- BERNAMA
#dasar bebas nuklear #reaktor modular kecil #penjanaan kuasa #isu alam sekitar
;