Malaysia jatuh 5 anak tangga dalam ranking ekonomi CEBR
Nailah Huda
Disember 28, 2020 10:55 MYT
Disember 28, 2020 10:55 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia jatuh lima anak tangga dari tempat ke-40 tahun ini berbanding 35 pada 2019 dalam ranking World Economic League Table (WELT) oleh Centre for Economics and Business Research (CEBR).
Menurut laporan tahunan CEBR yang dikeluarkan pada Sabtu, negara bagaimanapun menunjukkan prestasi baik pada tahun-tahun sebelum ini.
“Malaysia merekodkan kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam tahun-tahun sebelum krisis COVID-19... suatu perkara yang hebat memandangkan populasi kekal stabil,” kata CEBR, sebuah kumpulan pemikir yang berpangkalan di London.
Namun, situasi ini berubah selepas dunia dilanda pandemik dan ekonomi negara turut terkesan.
“Ekonomi Malaysia kini berdepan kesukaran, dengan KDNK diunjur menguncup 6.0 peratus pada 2020 akibat faktor-faktor berkaitan COVID-19.
“Hutang kerajaan berbanding GDP capai 67.5 peratus pada 2020 berbanding 57.2 peratus pada tahun sebelum.
"Kenaikan ini disebabkan impak pandemik COVID-19 terhadap perbelanjaan kerajaan dan resit cukai.”
Bagaimanapun, ekonomi negara dijangka akan bertumbuh pesat dalam 15 tahun akan datang pasca pandemik.
Menurut CEBR, Malaysia akan naik 12 anak tangga dari tempat ke-20 tahun ini kepada ke-28 pada 2035 dalam senarai ranking WELT.
“Dalam 10 tahun akan datang, CEBR mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada purata 4.5 peratus setiap tahun,” kata pertubuhan itu.
Kadar tahunan pertumbuhan KDNK pula akan bertambah pada purata 6.0 peratus di antara 2021 dan 2025.
#WELT
#World Economic League Table
#CEBR
#Centre for Economics and Business Research
#ekonomi
#pandemik
#COVID-19
#pemulihan ekonomi
#KDNK