KUALA LUMPUR: Malaysia menjangkakan enam hingga tujuh peratus daripada sektor akan terjejas pada tahun pertama pelaksanaan mekanisme pelarasan sempadan karbon Kesatuan Eropah (EU).
Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata impak di masa depan adalah jauh lebih ketara jika keperluan untuk memenuhi mekanisme tersebut tidak ditangani.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan terus melakukan libat urus dengan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan bagi membantu kalangan industri negara membuat persediaan dengan perubahan tersebut.
"Kita juga dalam proses memuktamadkan Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan bagi sektor pembuatan khususnya untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan persediaan melibatkan permintaan global berkaitan ESG," katanya pada sidang media Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai prestasi pelaburan Malaysia bagi 2022.
Rangka kerja i-ESG itu dijadual siap pada 2024.
Untuk rekod, pada Disember 2022, EU menetapkan mekanisme pelarasan sempadan karbon yang mengenakan cukai ke atas barangan import terpilih dan dijangka berkuatkuasa mulai 2026.
Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata MITI sedang merangka dasar bagi memberi insentif kepada syarikat dan industri yang membantu negara dari segi meletakkan asas untuk dunia lebih mampan dan saksama menerusi usaha melabur dalam infrastruktur hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
"Ini merupakan langkah penting dan perlu bersifat diusahakan negara secara menyeluruh iaitu tepat pada masanya serta perlu bagi memastikan kejayaan jangka panjang," katanya.
Selain itu, dalam Belanjawan 2023, Malaysia turut mengumumkan inisiatif cukai dan bukan cukai untuk kalangan perniagaan yang menggunapakai teknologi hijau, pembiayaan bagi penyelidikan dan pembangunan dalam industri lestari serta kerjasama mampan dengan syarikat terkemuka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Tengku Zafrul berkata impak di masa depan adalah jauh lebih ketara jika keperluan untuk memenuhi mekanisme tersebut tidak ditangani. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

ASEAN perlu pelbagai kerjasama global hadapi tempoh mencabar
Tengku Zafrul berkata, prinsip ini menjadi antara teras utama Wawasan Komuniti ASEAN 2025 di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.

Permukiman AEM ke-31 bermula di Desaru
Dipengerusikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, permukiman itu antara acara penting di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.