Malaysia jadi model perangi Islamofobia? - Dialog Tiga Penjuru, 8.30 malam ini

Rahimah Abdullah
April 21, 2022 16:04 MYT
Adakah Islamofobia masih lagi ancaman terbesar umat Islam di negara barat atau negara yang mempunyai sejarah konflik antara agama?
Ketakutan atau kebencian yang keterlaluan terhadap Islam atau lebih dikenali sebagai Islamofobia bukanlah suatu perkara baharu.
Fenomena itu tidak pernah surut sehingga ke hari ini, dan semakin memuncak apabila berlaku beberapa peristiwa-peristiwa keganasan yang dilakukan pihak ekstremis seperti serangan 11 September 2001.
Namun, bagi pihak yang anti-Islam, provokasi-provokasi terus dilakukan bagi mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam dengan tindakan-tindakan tidak sewajarnya.
Terbaharu, tindakan pemimpin Stram Kurs, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah Al-Quran di Linkoping, Sweden membangkitkan kemarahan dan kecaman banyak negara termasuk Malaysia.
Justeru, persoalan demi persoalan mula timbul.
Adakah Islamofobia masih lagi ancaman terbesar umat Islam di negara barat atau negara yang mempunyai sejarah konflik antara agama?
Adakah negara Islam gagal menonjolkan toleransi agama menyebabkan ketidakfahaman masyarakat global terhadap komuniti Islam?
Bagaimana Malaysia boleh memainkan peranan dan menjadi contoh negara yang mampu mengamalkan toleransi agama terbaik?
Tiga persoalan ini adalah antara yang akan dibangkitkan dalam pentas Dialog Tiga Penjuru minggu ini bersama tiga panel jemputan iaitu Penyelaras Projek #BangsaMalaysia, Nathaniel Tan, Presiden Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia, Gurpreet Singh, dan Penolong Profesor Istac-IIUM, Dr Ahmad El-Muhammady.
Malam ini jam 8.30, tidak lain di saluran 501 dan astroawani.com.
#Islamofobia #Dialog Tiga Penjuru #Astro Awani #Malaysia
;