Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Bernama
Julai 30, 2024 17:15 MYT
Julai 30, 2024 17:15 MYT
TEHRAN: Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.
Agensi berita Iran IRNA melaporkan Johari bertemu dan berbincang dengan Qalibaf selepas tiba di Baharestan (Bangunan Parlimen) pada 29 Julai.
Johari kini berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Masoud Pezeshkian yang akan diadakan pada Selasa.
Qalibaf berkata Iran di bawah kepimpinan baharu berharap untuk meneruskan hubungannya dengan Malaysia.
"Kami bersedia untuk memperkukuh hubungan kami dengan cara yang lebih mendalam dan meluas," kata Qalibaf semasa pertemuan dengan Johari.
Menurut IRNA, Qalibaf turut mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatnya dari Comoros dan Sri Lanka serta naib speaker dari Ghana.
-- BERNAMA
#Speaker Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#speaker parlimen Iran
#Mohammad Baqer Qalibaf
#Hubungan dua hala
#Presiden Iran
#Masoud Pezeshkian