Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin

Bernama
Mei 13, 2022 09:20 MYT
Mohamed Azmin (kanan) dan Muhammad Lutfi di luar Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN pada Khamis. -Twitter Azmin Ali
WASHINGTON DC: Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menerusi catatan di Twitter pada Khamis, beliau berkata selepas mengadakan mesyuarat dua hala yang aktif dan paling memberangsangkan dengan Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi di luar Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN pada Khamis, kedua-duanya bersetuju mengenai kepentingan untuk mengekalkan suara ASEAN didengar di wacana antarabangsa yang diadakan di platform plurilateral dan multilateral.

Had a spirited and most engaging bilateral meeting with H.E. @MendagLutfi, Indonesian Minister of Trade, at the side-lines of the US-ASEAN Special Summit in Washington, DC.

pic.twitter.com/bssU8KwipQ

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, kami berkongsi pendirian yang sama bahawa inisiatif itu harus bersifat inklusif, tidak kurang pentingnya mendukung kepusatan ASEAN," katanya.
Mohamed Azmin berkata untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara strategik itu serta isu penting lain yang berkaitan, Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Indonesia sebagai tuan rumah Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Bali pada 18 Mei, 2022.
-- BERNAMA
#Azmin Ali #Muhammad Lutfi #Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN #IPEF
;