Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa

Bernama
Jun 4, 2022 08:15 MYT
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga Khamis.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.
"Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini. Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain," katanya.
Sementara itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan.
-- BERNAMA
#kerjasama #negara pengeksport sisa #Kementerian Alam Sekitar #Tuan Ibrahim Tuan Man
;