PUTRAJAYA: Malaysia akan terus terlibat dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar termasuk Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) dalam usaha menyelesaikan kebuntuan politik di negara itu selari dengan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata dalam situasi semasa terdapat keperluan untuk terlibat dengan semua pihak berkepentingan sebagai tanda sokongan moral dan solidariti.
"Kami tidak memihak kepada mana-mana pihak. Kami tidak halang ASEAN untuk terlibat dengan Nawpidaw,...untuk terlibat tak ada masalah. Babitkan semua pemegang taruh dan itu yang Malaysia lakukan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Putra di sini pada Sabtu.
5PC ialah pertama, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; kedua, dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat; ketiga, duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; keempat, ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA; dan kelima, duta khas dan delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
Saifuddin berkata beliau akan mengulangi kembali cadangan Malaysia untuk terlibat secara tidak rasmi dengan NUG dan NUCC semasa mesyuarat menteri luar ASEAN pada 11 Mei, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di Washington pada 12 dan 13 Mei.
Beliau turut akan mencadangkan kepada ASEAN untuk mencari jalan bagi memperkasa Utusan Khas ASEAN ke Myanmar dan bagaimana 5PC dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.
"Mereka berusaha sedaya upaya, (tetapi) pihak Myanmar banyak kekangan dan syarat, kita mesti cari jalan. Pasti ada jalan macam mana kita nak bantu utusan khas intuk jalankan tugas-tugas mereka," katanya.
Ditanya sama ada cadangan ASEAN terlibat dengan semua NUG dan NUCC akan mendorong junta meminggirkan diri mereka, beliau berkata junta telah mengasingkan diri sejak setahun lalu sejak 5PC diterima pakai.
"Mereka dilihat tidak begitu bekerjasama sejak setahun lalu. Hampir tiada kemajuan walaupun kedua-dua utusan khas (bekas utusan khas, Menteri Luar II Brunei Erywan Yusof dan utusan khas sekarang, Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn) telah berusaha sedaya upaya untuk membolehkan sekurang-kurangnya atau sebahagian daripada konsensus terlaksana," tambahnya.
Beliau berkata walaupun satu daripada 5PC jelas menggesa agar keganasan ditamatkan, statistik menunjukkan sebaliknya.
Menurut Saifuddin, sebanyak 10,786 pertempuran bersenjata dan serangan terhadap orang awam dilaporkan dari 1 Feb 2021 hingga 15 April lalu. Pada tempoh yang sama, kira-kira 2,146 orang telah terbunuh manakala 13,282 orang, termasuk Ahli Parlimen, wartawan dan orang awam ditahan.
Mengenai cadangan Malaysia untuk melipatgandakan bantuan kemanusiaan di Myanmar, beliau berkata ia harus merangkumi penglibatan Pusat AHA dan organisasi antarabangsa yang diselia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau berkata pertubuhan antarabangsa mempunyai pengalaman memberikan bantuan kemanusiaan di kawasan dilanda peperangan dan konflik, manakala pengalaman Pusat AHA lebih kepada menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika bencana seperti banjir dan gempa bumi.
Menurutnya penglibatan Pusat AHA dan organisasi antarabangsa diselia PBB akan memastikan bantuan kemanusiaan dapat diagihkan dengan lebih berkesan kepada kumpulan sasaran.
"Di samping itu, kita mahu negara ASEAN ada ownership kepada bantuan kemanusiaan ini supaya secara sukarela tawar NGO masing-masing untuk bantu," katanya.
Mercy Malaysia, kata Saifuddin, satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) asing yang masih boleh beroperasi di Myanmar, oleh itu Malaysia akan mencadangkan ia diiktiraf sebagai satu daripada NGO dari ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Saifuddin Abdullah ditemui dalam sebuah temu bual khas di Wisma Putra, Putrajaya, 7 Mei 2022. --fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.