Malaysia dijangka catat rekod terbaru bagi FDI

Astro Awani
Januari 11, 2013 18:48 MYT
Malaysia dijangka mencatatkan rekod terbaru aliran pelaburan langsung asing (FDI) dalam beberapa sektor ekonomi utama.
Menurut pakar ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia kemasukan FDI ini sebahagian besarnya akan dipacu oleh projek-projek besar yang bakal dilaksana di Malaysia bermula 2013.
Kebanyakkan projek besar tersebut terdiri daripada sektor minyak dan gas (O&G), infrastruktur dan hartanah.
Projek di bawah bidang O&G termasuk pembangunan terminal bersepadu petrokimia dan pemprosesan bernilai RM60.4 bilion di Pengerang, Johor.
Selain itu projek terminal minyak dan gas di Kimanis, Sabah bernilai RM3.6 bilion turut menjadi pemacu.
Sektor hartanah seperti projek transit aliran masa (MRT) bernilai RM996.7 bilion projek jambatan kedua Pulau Pinang bernilai RM4.6 bilion dan Tun Razak Exchange bernilai RM4.5 bilion dijangka terus menarik minat pelabur.
#aliran pelaburan langsung asing #FDI #Malaysia #rekod terbaru
;