PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan khusus yang diberikan Malaysia terhadap bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria kerana ia adalah malapetaka paling teruk dalam sejarah selain tsunami di Acheh.
Beliau berkata tumpuan khusus terhadap Turkiye adalah kerana ia banyak membantu negara ini antaranya Malaysia Airports Holdings Bhd yang mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul dengan dana besar susulan kerugian besar yang dialami akibat pandemik COVID-19.
Anwar berkata Turkiye turut membantu dalam beberapa pembelian oleh kerajaan apabila diberikan pertimbangan yang lain daripada komersial serta memberi keistimewaan dan layanan berbeza kepada syarikat Malaysia yang melabur di negara itu.
"Saya mahu rakyat tahu itu bukan hubungan biasa. Pertama adalah sahabat serta sangat dekat dengan kita dan keadaan syarikat kita mengalami permasalahan besar dibantu luar daripada kaedah biasa," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis sumbangan dana bencana oleh syarikat swasta kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri di sini hari ini.
Anwar berkata sumbangan kepada tabung itu kini mencecah kira-kira RM25 juta dan antara penyumbang ialah Yayasan Al-Bukhary sebanyak RM10 juta, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (RM4.4 juta), Brahim's Dewina Group (RM3 juta), YTL Corp Bhd (RM2 juta) serta Sarawak (US$200,000).
Beliau berkata sumbangan pelbagai pihak itu mencerminkan perasaan belas ihsan dan perikemanusiaan yang begitu menebal dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Perdana Menteri, yang akan berlepas ke Turkiye malam ini, berkata pada awalnya beliau keberatan kerana memadai menghantar Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan hospital medan namun setelah dihubungi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, beliau membuat keputusan untuk ke negara itu kerana dapat membayangkan keresahan pemimpin berkenaan.
"Sebagai sahabat, saya fikir elok saya turun secara peribadi," katanya yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bencana di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.