Malaysia berhasrat percepat MoU bekalan pekerja asing dengan Indonesia bagi sektor pembinaan - Fadillah
Bernama
Januari 13, 2022 19:47 MYT
Januari 13, 2022 19:47 MYT
PETALING JAYA: Malaysia berhasrat untuk mempercepatkan proses menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung bekalan pekerja asing bagi sektor pembinaan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata hal tersebut telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada mesyuarat Kabinet semalam.
"Memang kita ada memohon supaya KSM dan KDN dapat memuktamadkan secepat mungkin agar pekerja asing boleh mula datang semula kerana kita ketika ini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja.
"Kedua-dua menteri (KSM dan KDN) akan pergi ke Indonesia untuk menyelesaikan beberapa isu yang masih belum dapat dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Alfa Bangsar dan pembukaan Galeri Jualan projek itu, di sini, hari ini.
- BERNAMA
#Malaysia
#Indonesia
#Memorandum Persefahaman
#MoU
#Menteri Kanan Kerja Raya
#Fadillah Yusof
#KDN
#ksm