Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Israel - PM Anwar

Afiezy Azaman
Oktober 19, 2024 11:40 MYT
Menurut Perdana Menteri Anwar, Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin itu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin itu.
"Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.
"Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Sabtu.
Pada Khamis, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam serangan ganas Israel di selatan Gaza.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.
#Yahya Sinwar #Israel bunuh Yahya Sinwar #Malaysia kutuk #PM Anwar Ibrahim
;