Malaysia-Australia pertingkat maklumat perisikan

Harits Asyraf Hasnan
Mac 14, 2017 18:37 MYT
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia, Julie Bishop di Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. - FotoBERNAMA
Malaysia dan Australia akan meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dalam usaha mengekang ancaman Daish di rantau ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata selain kerjasama menerusi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman, Australia juga akan terlibat secara langsung menerusi latihan ketenteraan dan menangani sebarang ancaman baharu.
"Saya sebut berkenaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang merupakan inisiatif saya dan Timbalan Putera Raja Arab Saudi, Raja Muhammad Salman untuk menangani gerakan IS dan Daish, perkongsian maklumat perisikan yang melibatkan ahli akademik, universiti dan cendekiawan termasuk menawan hati dan pemikiran rakyat yang mungkin dipengaruhi Daish dan propagandanya.

Mengapa pertemuan @HishammuddinH2O & @JulieBishopMP memfokuskan usaha tangani Daish? Laporan lanjut hanya di @501Awani pic.twitter.com/73ivQgpzMj

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) March 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Malah, Australia juga berdepan ancaman yang sama iaitu untuk menangani IS dan pengaruh IS ... itu merupakan fokus kerjasama kita. Jadi saya harap Australia dapat bekerjasama terhadap usaha yang sedang di lakukan oleh kita (Malaysia) bersama Arab Saudi melibatkan pusat yang seperti saya katakan tadi," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau sebelum itu menyambut ketibaan Menteri Luar Australia, Julie Bishop menerusi kunjungan hormat beliau di Parlimen hari ini.
Tambah Hishammuddin, hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Canberra akan bertambah baik terutama menerusi Perjanjian Pertahanan Lima Negara melibatkan Malaysia, Australia, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
Malah, Hishammuddin berkata Australia turut memuji peranan yang diambil Malaysia dalam mengekang aktiviti keganasan dan penculikan di perairan timur Sabah menerusi kerjasama tiga hala melibatkan Indonesia dan Filipina.
#Australia #Hishammuddin Hussein #Julie Bishop #perjanjian pertahanan lima negara #Raja Salman #risikan #terrorisme
;