Malaysia alu-alukan keputusan Myanmar larang rakyatnya bekerja di Malaysia

Bernama
Disember 11, 2016 22:22 MYT
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di sebuah hotel hari ini. Turut hadir Presiden Parti IPF, Datuk M.Sambanthan Manickam (kiri). - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.
"Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Dis lepas.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu. -- Bernama
#henti hantar buruh #htin kyaw #Myanmar #Najib Razak #presiden myanmar #Rohingya #Zulkifeli Mohd Zin
;