Malaysia Airlines batalkan penerbangan Kuala Lumpur - Denpasar
Astro Awani
November 26, 2017 00:36 MYT
November 26, 2017 00:36 MYT
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines membatalkan penerbangan untuk sektor Kuala Lumpur dan Denpasar-Bali pada 27 November ekoran letusan Gunung Agung, Bali, Indonesia.
Para penumpang telah diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada lewat petang Ahad dan nasihat perjalanan juga dipaparkan di laman web syarikat penerbangan, laman sosial Facebook dan Twitter.
Malaysia Airlines sedang mengawasi situasi itu secara rapat dan akan menyesuaikan operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai dan berlepas dari lapangan terbang itu apabila perlu.
Kerana keadaan itu, Malaysia Airlines akan membenarkan penumpang yang terjejas untuk:
1. Bayaran balik sepenuhnya atau penangguhan perjalanan sehingga akhir bulan Februari 2018.
2. Pertukaran destinasi (tertakluk kepada kekosongan kerusi) ke Jakarta, Surabaya atau mana-mana destinasi penerbangan Malaysia Airlines dalam ASEAN.
Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh menghubungi 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 4000 (untuk di luar Malaysia).
Aspek keselamatan sangat penting dan dititikberatkan Malaysia Airlines.
#ASEAN
#Bali
#Gunung Agung
#Indonesia
#Jakarta
#keselamatan
#Kuala Lumpur
#laman sosial
#Malaysia Airlines
#operasi
#penerbangan
#penerbangan Malaysia
#Surabaya