Malam ambang kemerdekaan disambut meriah di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Ogos 30, 2022 06:20 MYT
Orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik di pentas utama. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Sambutan ambang kemerdekaan negara ke-65 di Terengganu kembali meriah menerusi fasa endemik.
Lebih 10,000 pengunjung memenuhi Dataran Muara Utara bagi menantikan saat menghitung detik 12 malam.
Program yang bermula jam 9 malam itu dimulakan dengan forum kemerdekaan serta nyanyian.
Selain itu, orang ramai juga turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik di pentas utama termasuk deklamasi puisi kemerdekaan.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Tepat detik 12 tengah malam, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat mengetuai laungan "Merdeka" diikuti nyanyian lagu Negaraku.
Ia disusuli tembakan bunga api disulami nyanyian lagu patriotik.
Turut memeriahkan sambutan, exco dan pegawai kanan agensi kerajaan negeri.
#Hari Kebangsaan 2020 #Hari Kebangsaan #Merdeka #Sambutan ambang kemerdekaan negara ke-65
;