Maklumat Elaun Madani kepada penjawat awam adalah palsu - Kementerian Kewangan

Bernama
Julai 26, 2023 06:56 MYT
Kementerian Kewangan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial. - Foto Twitter Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR: Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar.
Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.
"Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
#Elaun Madani #Kementerian Kewangan #penjawat awam #Tular