Maklum titah Agong, kerajaan ambil langkah ikut Perlembagaan Persekutuan - PMO

Astro Awani
Jun 17, 2021 16:32 MYT
Kata Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya susulan titah pandangan yang dikemukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga telah mengambil maklum berhubung pandangan yang dikemukakan menerusi Istana Negara itu.
[LAPOR LANGSUNG] Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
"Dalam sesi-sesi menghadap ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan," memetik kenyataan itu.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Justeru, kata Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Istana Negara | Pasca perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu
BACA: Tidak perlu lanjutkan darurat: Ini 7 perkara disepakati Raja-Raja Pemerintah
BACA: Tiada keperluan letak negara dalam darurat selepas 1 Ogos - Raja-Raja Melayu
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Jelas Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
[TERKINI] Agong zahir pandangan sidang Parlimen harus diadakan segera
#Yang di-Pertuan Agong #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #bantuan kewangan #COVID-19 #undang-undang #Parlimen #pandemik #Perdana Menteri #ekonomi
;