MEKAH: Budi bahasa, disiplin tinggi jemaah haji serta pengurusan teratur menjadi antara faktor di sebalik pemilihan Malaysia dalam program Makkah Route atau prapelepasan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata lebih istimewa, Malaysia pernah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya negara yang menjadi pilihan kerajaan Arab Saudi ketika kali pertama program tersebut dilaksanakan.
Katanya, tahun ini pula hanya lima negara terpilih dalam program istimewa itu iaitu Malaysia, Morocco, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.
"Kalau kita lihat sejarah Makkah Route ini, ia diperkenalkan secara projek rintis pada 2017 dan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terpilih.
"Kejayaan pada projek rintis membolehkan Malaysia meneruskannya pada tahun selepasnya dan sehingga hari ini. Arab Saudi kini memilih lima negara sahaja daripada beratus negara lain yang menghantar jemaah haji mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah, Abraj Al Janadriyah, di sini.
Syed Saleh berkata kerajaan Arab Saudi juga kelihatan selesa dalam berurusan dengan TH kerana badan itu mampu bertindak secara langsung dalam urusan haji, malah sistem pengurusan sedia ada juga memudahkan perlaksanaan Makkah Route.
Tambahnya, kebolehan jemaah tanah air memahami arahan asas meskipun dalam bahasa Arab dan Inggeris juga menjadi faktor penyumbang kepada pemilihan Malaysia berbanding negara lain.
"Pihak Kementerian Haji dan kerajaan Arab Saudi mempunyai hubungan cukup rapat dengan TH dan Malaysia...ini juga memudahkan mereka untuk berurusan dan kita akan bersama-sama memperhalusi serta memperbaiki lagi sistem ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya kepada beberapa negara lain," katanya.
Inisiatif program tersebut dilihat berjaya melancarkan pergerakan jemaah, termasuk yang melibatkan imigresen dan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang di Madinah serta Jeddah.
Sejurus sampai, jemaah Malaysia akan terus menaiki bas, sama ada di Madinah atau Mekah, malah beg mereka akan diuruskan pihak agensi di Arab Saudi untuk dibawa ke hotel masing-masing.
Dalam perkembangan lain, hotel ketiga, Qasr Aljanadriyah yang menempatkan jemaah haji Malaysia telah mula dibuka malam tadi dengan menyambut ketibaan seramai 287 jemaah dari Madinah.
Dua lagi penginapan jemaah Malaysia ialah di Abraj Al Janadriyah dan Land Premium dengan kesemua bangunan tersebut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pejabat pengurusan TH, Bank Islam, perkhidmatan klinik, farmasi dan kafe.
Setakat malam tadi seramai 2,227 jemaah telah berada di Mekah manakala 2,730 masih di Madinah.
Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini dengan 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
![Makkah Route: Budi bahasa, disiplin dan pengurusan jadikan Malaysia pilihan Arab Saudi Makkah Route: Budi bahasa, disiplin dan pengurusan jadikan Malaysia pilihan Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655250925_RombonganHaji.jpg)
Syed Saleh (tiga, kanan) ketika menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di hotel Land Premium, di Mekah, 12 Jun 2022. --fotoBERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.