Makan sisa sampah: Bedah siasat dua beradik selesai, punca kematian belum diketahui

Bernama
Februari 15, 2022 21:01 MYT
Pada Ahad, dua beradik itu ditemukan dalam keadaan terhuyung-hayang oleh bapa mereka yang berumur 36 tahun pada pukul 5.30 petang di kawasan tong sampah sebelum maut beberapa minit kemudian. - Gambar fail
ALOR SETAR: Punca kematian dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, Ahad lepas akan diketahui selepas proses analisis lanjut selesai.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata proses bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bermula pukul 10 pagi hingga 3.15 petang hari ini.
"Punca kematian sebenar masih belum dapat dipastikan lagi dan sedang menunggu analisis lanjut. Polis akan merujuk kepada Jabatan Kimia Malaysia di Pulau Pinang untuk sebarang hasil analisis berkaitan kematian dua beradik ini.
"Siasatan masih berjalan dan polis terpaksa menggunakan jurubahasa terhadap bapa kedua-dua mangsa yang tidak fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Makan Sisa Sampah | Dua kanak-kanak maut cukup makan - Penduduk
Pada Ahad, dua beradik itu ditemukan dalam keadaan terhuyung-hayang oleh bapa mereka yang berumur 36 tahun pada pukul 5.30 petang di kawasan tong sampah sebelum maut beberapa minit kemudian.
Bapa kepada dua kanak-kanak itu telah ditahan pada pukul 12.05 tengah malam, semalam dan kini sedang direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
#dua beradik maut #makan sisa sampah #Rohingya #Langkawi
;