'Mak Kata Jangan' kempen peringkat nasional, gerakan #RasuahBusters terus dipergiat
Astro Awani
Mac 1, 2021 12:15 MYT
Mac 1, 2021 12:15 MYT
KUALA LUMPUR : 'Mak Kata Jangan’ merupakan kempen di peringkat nasional yang pertama diinisiatifkan oleh gerakan #RasuahBusters dalam usaha membanteras jenayah itu di Malaysia.
Ketua Pasukan #RasuahBusters Central Team, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, teras utama kempen adalah bagi mewujudkan satu rantaian yang akan memberi impak kepada aktiviti pembasmian rasuah di negara ini.
Jelasnya, antara sebab utama penggunaan nama kempen 'Mak Kata Jangan' adalah bagi menjadikan budaya dan rutin rakyat supaya mencegah diri dari menjadikan satu kebiasaan perbuatan menerima atau memberi rasuah.
Bukan sekadar itu, kata Hussamuddin dalam satu kenyataan, Mak Kata Jangan juga boleh menjadi peringatan kepada orang lain sekiranya mereka pula ditawarkan dengan rasuah.
Dalam usaha sama-sama membanteras rasuah, orang ramai boleh bertindak sekarang dengan berkongsikan video ini dan apa sahaja karya lain menggunakan 'Mak Kata Jangan' selain tanda pagar #RasuahBusters dan #MakKataJangan.
Sebelum ini, Hussamuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf menyeru semua rakyat Malaysia untuk bergabung bersama mereka dalam Gerakan #RasuahBusters dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
#RasuahBusters: 'Mak Kata Jangan' kempen banteras rasuah
#Rasuah
#rakyat Malaysia
#RasuahBusters
#Mak Kata Jangan
#kerjasama
#agen perubahan
#jenayah
#video
#rakyat
#Malaysia
#Hussamuddin Yaacub