Majoriti tidak setuju wang rakyat diguna untuk kajian banteras ilmu sihir

Astro Awani
Mac 14, 2015 16:59 MYT
Majoriti pembaca Astro AWANI berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk mengkaji cara-cara untuk membanteras ilmu sihir. -Gambar hiasan
Majoriti pembaca Astro AWANI berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk mengkaji cara-cara untuk membanteras ilmu sihir.
Undian di laman web AstroAwani.com diadakan susulan laporan Universiti Malaysia Pahang (UMP), melalui Jawatankuasa Kajian Lanjutan Undang-Undang Ilmu Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Pelaksanaan kajian itu turut mendapat geran Program Pemindahan Ilmu sebanyak RM189,000 daripada Kementerian Pendidikan.
Sebanyak 51.15 peratus kalangan pembaca yang mengambil bahagian dalam undian berkenaan berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk kajian berkenaan, manakala 45.77 peratus bersetuju, dan 3.08 peratus memilih ‘Tiada Pendapat’.
Beberapa warga media sosial turut memberikan pandangan mereka di Twitter:

@501Awani guna duit untuk upgrade facility jln raya lobang2 pls

— Faizah (@poeyot) March 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani of course not. What are we trying to gain from it? Certainly no benefit general public.

— Suren Stark (@LOLsuren) March 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani NO. U don't have the right to use the people money. They deserve better than this witchcraft thing. Stop this nonsense already.

— nooral izzah (@n_nooral) March 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani tak wajar langsung!!!

— Azrol Lorza D Hom (@AzrolLorzaDHom) March 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani ..mengarut!!..dan pembazirann wang rakyat...

— arghzernol (@arghzernol) March 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Geran #ilmu sihir #SOP #undian #Universiti Malaysia Pahang (UMP) #wang rakyat
;