Majoriti pembaca Astro AWANI berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk mengkaji cara-cara untuk membanteras ilmu sihir.

Undian di laman web AstroAwani.com diadakan susulan laporan Universiti Malaysia Pahang (UMP), melalui Jawatankuasa Kajian Lanjutan Undang-Undang Ilmu Sihir menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memerangi penggunaan ilmu itu dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kajian itu turut mendapat geran Program Pemindahan Ilmu sebanyak RM189,000 daripada Kementerian Pendidikan.

Sebanyak 51.15 peratus kalangan pembaca yang mengambil bahagian dalam undian berkenaan berpendapat wang rakyat tidak wajar digunakan sebagai geran untuk kajian berkenaan, manakala 45.77 peratus bersetuju, dan 3.08 peratus memilih ‘Tiada Pendapat’.

Beberapa warga media sosial turut memberikan pandangan mereka di Twitter: