'Majoriti rakyat tidak tunduk dengan cara ganas dan kotor' - Anwar

Rahimah Abdullah
November 29, 2018 16:38 MYT
ANWAR: "Saya rasa majoriti rakyat tidak terbawa-bawa untuk tunduk dengan cara ganas dan kotor. Orang ikut sentimen tidak teliti fakta, banyak yang tidak tahu." - Gambar fail
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap isu rusuhan dan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield dibincangkan secara rundingan bersama.
Pada masa sama katanya, mereka yang melakukan keganasan perlu diambil tindakan.
“Penyelesaian mesti secara rundingan. Siapa yang ganas, mesti ambil tindakan keras. Saya lihat kenyataan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin tadi (Dewan Rakyat).
“Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor tentang keperluan memberikan penjelasan . Pertama dari sudut fakta. Kedua apa keputusan dibuat oleh kerajaan negeri sebelumnya dan kesediaan mendengar pandangan sebelum dimuktamadkan.

Jawapan Presiden PKR, Datuk Seri @anwaribrahim mengenai isu rusuhan melibatkan Kuil Sri Mariamman Seafield. @501Awani pic.twitter.com/e7rapL3ofD

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Isnin ini baru dia adakan siri rundingan,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Jelasnya, isu melibatkan kaum dan agama mudah mencetuskan permusuhan dan pertelagahan.
Bagaimanapun, beliau yakin rakyat menolak keganasan.

@anwaribrahim Berkata isu berkenaan perlu diselesaikan secara baik. pic.twitter.com/FZ6EnLtflF

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya rasa majoriti rakyat tidak terbawa-bawa untuk tunduk dengan cara ganas dan kotor. Orang ikut sentimen tidak teliti fakta, banyak yang tidak tahu.
"Sebab itu harus diberi penekanan kita selesaikan melalui rundingan dan aman,” tambahnya lagi.
#Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #keganasan #kuil sri maha mariamman #Mahathir Mohamad #Parlimen #perkauman
;