Majlis sosial, ibadah korban dibenarkan! Ini tumpuan sidang media Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Jun 24, 2020 14:47 MYT
Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha dibenarkan. Ia boleh diadakan di semua masjid, surau dan kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan. - Gambar BERNAMA
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke-14 hari ini menyaksikan beberapa perosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran baharu telah diumumkan oleh kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini antaranya memaklumkan bahawa majlis sosial dibenarkan bermula 1 Julai ini.
Berikut lima tumpuan sidang media tersebut:
1. Sejak dari 1 Mei sehingga 24 Jun, 1,036 PATI dan 176 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram di lorong tikus dalam Op Benteng.
2. Penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan dibenarkan bermula 1 Julai. Namun, perlu dihadkan antara 3-5 jam sahaja dan kapasiti tetamu bergantung kepada saiz majlis.
3. Kerajaan membenarkan penganjur menyediakan hidangan bufet dan perlu dihidangkan oleh pramusaji sepanjang majlis berlangsung.
4. Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha dibenarkan dan boleh diadakan di masjid, surau dan kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan.
5. Penyembelihan dibenarkan di masjid, surau serta kawasan yang diluluskan pihak berkuasa agama Negeri dan PBT, 28 rumah sembelihan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta 31 rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan DVS.
#Aidiladha #Ibadah Korban #kerajaan #operasi #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP
;